Kenyataan Media

SPRM Kesan Sheikh Biman Sheikh Ahmad Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa yang dipercayai turut menyogok penguat kuasa serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

Dalam perkembangan terkini berhubung OP JAGUAR, SPRM telah merakam pernyataan individu-individu dan membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis terlibat. 

SPRM turut menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan menjadikan jumlah yang ditahan setakat hari ini adalah seramai lapan orang.

SPRM juga telah mengenalpasti pegawai penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling ini. 

Sehubungan itu, SPRM sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Sheikh Biman bin Sheikh Ahmad , 43, yang mempunyai alamat terakhir di No 53, Jalan Sama Gagah 15, Taman Telok Gedong Indah,  42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Siti Norazirah binti Ramli di talian 03-88700249 atau 019-8557290 atau emel kepada sitinorazirah@sprm.gov.my


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 
PUTRAJAYA

17 JULAI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |