Kenyataan Media

SPRM Berjaya Tumpaskan Sindiket Antarabangsa Penyeludupan Sisik Tenggiling

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa yang dipercayai turut menyogok penguat kuasa serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur, semalam.

Operasi ini dijalankan hasil maklumat yang diterima SPRM daripada agensi penguat kuasa dari Amerika Syarikat serta maklumat hasil risikan di United Kingdom dan Hong Kong.

Menerusi serbuan di Klang, SPRM merampas hampir dua tan sisik haiwan itu yang bernilai kira-kira RM23.4 juta.

Dalam operasi di Kuala Lumpur, SPRM juga merampas beberapa kenderaan mewah yang mempunyai kaitan dengan sindiket ini.

Susulan operasi ini, SPRM telah menahan seramai tujuh individu berusia antara 30 hingga 59 tahun membabitkan warganegara Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Nepal.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

15 JULAI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |