Kenyataan Media

SPRM Siasat, Kongsi Maklumat Isu Judi Dalam Talian

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan berkaitan pembabitan ahli politik dalam aktiviti judi dalam talian.

Siasatan berkenaan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima dan turut berkongsi perkara tersebut bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa hingga menyebabkan isu judi ini berlaku.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
17 JUN 2023


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |