Kenyataan Media

SPRM Giat Peroleh Maklumat Siasatan Penyelewengan RM2.3 Bilion Dana Negara

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.

Dalam perkembangan terkini, SPRM telah membekukan akaun bank berjumlah melebihi RM39 juta melibatkan 192 akaun terdiri daripada 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri serta ahli keluarga mereka.

Selain itu, SPRM turut merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri tersebut selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis berkaitan melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan, kelmarin.

Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan-tindakan tersebut dan susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
9 JUN 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |