Kenyataan Media

Isu LCS: Siasatan Beberapa Individu Berkaitan LCS Lengkap

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

11 OGOS 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |