Kenyataan Media

SPRM Kesan Dua Warganegara Myanmar Bantu Siasatan Kes Rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang kini mengesan dua lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

Individu pertama, Noor Bashar Hairul, 26, memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354 -13C00811. Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

Sementara itu, turut dikesan ialah Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305. Individu tersebut juga mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 / 05-5267000 atau emel kepada graylee@sprm.gov.my.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
6 OKTOBER 2021

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |