Kenyataan Media

SPRM Kesan Dua Beradik Bantu Siasatan Kes Rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua beradik lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Lelaki pertama, Muhammad Sadon, 38, pemegang kad pengenalan 830314-01-5807 dan mempunyai dua alamat terakhir di No. 24, Jalan Zapin 3, Taman Skudai Baru, 81300, Johor Bahru, Johor dan 18, Jalan Angsana, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.

Sementara itu, turut dikesan ialah abangnya, Mohd Irwan Sadon, 40, pemegang kad pengenalan 810714-01-5189 dan mempunyai alamat terakhir di No. 25, Jalan PUJ 2/12, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Johari Bero di talian 018-383 1622 / 03-8870 0329 atau emel ke alamat joharibero@sprm.gov.my

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

9 MAC 2021

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |