Kenyataan Media

SPRM Siasat Kebenaran Aduan Rasuah RM10 Juta Kepada YB Natrah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menerima kehadiran Ahli Parlimen Sekijang, Yang Berhormat Natrah Ismail di SPRM Cawangan Segamat, Johor bagi berbincang berhubung isu tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua individu yang didakwa bagi tujuan memujuk beliau melompat parti.

Dalam pertemuan tersebut, YB Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta sebagaimana yang didakwa menerusi kenyataan di akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor.

Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk keterangan YB Natrah akan diambil dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

7 MAC 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |