SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon agar Ahli Parlimen Sekijang, Yang Berhormat Natrah Ismail atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan terdapat individu menyogok Ahli Parlimen berkenaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini segera tampil membuat aduan kepada SPRM, sekiranya perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah.
Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.
SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
6 MAC 2021