Kenyataan Media

SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki yang dikesan tersebut ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

Manakala wanita yang dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan seorang warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

1 DISEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |