Berita Terkini

24 Anggota Badan Bebas SPRM Terima Surat Cara Dan Pelantikan

PUTRAJAYA, 30 Jun - Seramai 24 ahli badan bebas yang memantau pelaksanaan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima watikah surat cara dan pelantikan secara rasmi daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di Auditorium, Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Daripada 24 anggota tersebut, tujuh merupakan anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), 12 pula adalah Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) manakala selebihnya dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).

Datuk Seri Azam dalam ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada barisan LPPR, PPPR dan PPO yang telah menyatakan kesudian dan dilantik bagi menganggotai portfolio masing-masing untuk bersama-sama SPRM meneruskan misi dan visi dalam membanteras jenayah rasuah di Malaysia.

“LPPR diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009 yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dari pelbagai latar belakang dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing.

“Antara terma rujukan terpenting LPPR adalah menasihati SPRM tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia dan dasar serta strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah," ujar beliau.

Beliau juga berharap agar pelantikan Ahli-ahli Lembaga, Jawatankuasa dan Panel yang baharu dilantik ini dapat menyatakan pandangan dan sokongan dalam usaha bersama memberi nilai tambah kepada keseluruhan perjalanan SPRM dalam mengaspirasikan peranannya sekali gus menyuntik idea baru dan bernas dalam agenda pencegahan rasuah.

Ahli-ahli LPPR terdiri daripada:

1.YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)

Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara

2.YBhg. Tan Sri Ismail Omar

Bekas Ketua Polis Negara

3.YBhg. Datuk Seri Azman Ujang

Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)

4.YBhg. Datuk Seri Akhbar Satar

Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia dan bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M)

5.YBhg. Datuk Dr Hamzah Kassim

Pengarah Urusan The IA Group

6.YBhg. Datuk David Chua Kok Tee

Pengarah Urusan DC&A Group

7.YBhg. Professor Madya Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff

Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

Sementara itu, seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO telah dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022.

Ahli-ahli PPPR terdiri daripada:

1.YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)

Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2.YBhg. Dato’ Manja Ismail

Bekas Pengarang Urusan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima

3.YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4.YBrs Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez

Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

5.YBhg. Dato’ Chamil Wariya

Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)

6.YBhg. Datuk Freddie Fernandez

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia

7.YBrs Saudara Jufitri Joha

Presiden Majlis Belia Malaysia

8.YBhg. Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

9.YBrs Cik Norita Che Ali

Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan

10.YBhg. Dato’ Nadzim Johan

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

11.YBhg. Datuk Md Yusof Md Aslam

Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd.

12.YBhg. Dato’ Baljit Singh Sidhu

Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

Ahli-ahli PPO terdiri daripada:

1.YBhg. Dato’ Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)

Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara

2.YBrs Dr. Hj Mazlan Haji Ahmad

Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia

3.YBhg. Dato’ Abdul Manap Dim

Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri

4.YBhg. Dato’ Mohd Faudzi Hj Che Mamat

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

5.YBhg. Dato’ Azimah Abdul Hamid

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam

Kesemua 24 ahli yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat.

 

Hit : 3471