Berita Pendidikan

Program Wira Anti Rasuah (WAR) Pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau Melaka

MELAKA, 25 April - Bertempat di Kompleks SPRM Negeri Melaka, telah berlangsung program Wira Anti Rasuah (WAR) melibatkan seramai 72 orang pelajar tingkatan 6 dan 32 orang guru dari SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka.


Program ini merupakan program bersama di antara pihak SPRM Negeri Melaka dan Institusi Pendidikan. Melalui program ini, semua peserta diberi taklimat berkenaan fungsi SPRM selain diberi peluang melawat Kompleks SPRM Negeri Melaka, termasuk Bilik VIR/ Lokap serta kenderaan ( Special Purpose Vehicle - SPV).


Dalam sesi Taklimat Anti Rasuah yang disampaikan, PKPs Sheikh Mohd Hilmi bin Sheikh Abdul Halim telah memberi penjelasan dan kefahaman kepada semua peserta khususnya golongan muda mengenai peraturan dan undang-undang serta perkongsian kes-kes yang berkait rapat dengan masyarakat dan seterusnya program diteruskan dengan sesi Kuiz Pengetahuan Belajar.


Program ini dirasmikan oleh PKPj Adi Supian bin Shafie, Pengarah SPRM Negeri Melaka dan disaksikan oleh Puan Faridah binti Mat Zon, Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin dan PsK Norhafizah binti Othman, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka.



Hit : 485