Berita Pendidikan

Program Pemantapan Anti Rasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Warga Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd

KERTEH, 24 April – PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd dengan kerjasama SPRM Terengganu menganjurkan Program Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Al-Kautsar, Bangunan Pentadbiran, PP(T) SB dihadiri kira-kira 80 orang peserta.


Program dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan Kesalahan Di Bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 disampaikan oleh PKPs Norhidayah binti Md Nor, Pegawai Unit Penyiasatan Tata Kelola SPRM Terengganu.


Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR serta penyerahan dokumen IBR oleh Encik Awang Zulkifli bin Ahmad, Pengurus Jabatan Pengurusan Sumber Manusia disaksikan oleh PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu.


Turut hadir Encik Mohd Jamil bin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Puan Afifah binti Ahmad, Pengurus Kanan, Pegawai-Pegawai Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd dan Pegawai-Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.



Hit : 394