Berita Menarik

Program Wira Anti Rasuah (WAR) bersama Asrama Yayasan Selangor

KLANG, 20 April – Seksyen Sekolah, Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mengadakan satu program bersama 300 orang anak-anak yang tinggal di Asrama Yayasan Selangor Klang. Peserta program ini merupakan murid-murid Tingkatan Satu - Lima daripada tujuh buah sekolah sekitar bandar Klang.

 


Program dimulakan dengan sesi perkongsian pengalaman sebagai pegawai SPRM dan pengenalan kepada SPRM oleh  PKPs Syahriman bin Yahya. Sesi kedua program diteruskan dengan pertandingan teka silang kata, pencarian perkataan (word search) dan soal jawab. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan bergambar kenang-kenangan.

 


Program ini telah dihadiri oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Ismail selaku Ketua Unit Integriti Yayasan Selangor, Puan Wan Noraishah binti Wan Mohamad Isa, Ketua Seksyen Sekolah dan tiga pegawai Cawangan Pendidikan.


Hit : 449