Berita Menarik

Program Dialog Ketirisan Dana Awam Bersama Pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang

GEORGETOWN, 26 Mac SPRM Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Negeri, Pulau Pinang telah menganjurkan Program Rasuah Hidup Senang Di Dunia, Merana Di Akhirat, yang telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri daripada AJK-AJK masjid disekitar Daerah Timur Laut serta masyarakat setempat.


Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh TPj Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah, Pengarah SPRM Pulau Pinang. Beliau memberi penekanan terhadap peranan utama Institusi Masjid sebagai pusat pembangunan dan pendidikan insan dari aspek rohani dan jasmani. Sesi ini juga memfokuskan isu-isu ketirisan Dana Awam dari segi pengurusan kewangan masjid, serta kewajipan melaporkan jenayah rasuah yang termaktub dalam Akta SPRM 2009.


Program diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh PU Dr. Taha Omar yang menyeru  agar perbuatan memakan dari sumber yang haram seperti rasuah dijauhi kepada pemberi mahupun penerima, diikuti dengan sesi dialog oleh  bersama TPj Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah.


Turut hadir, KPKPj Mohd Shukor Mahmud, Timbalan Pengarah Operasi, PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan, PPj Roslan bin Deraoh, Ketua Cawangan Seberang Perai, PsK Khairul Ridzuan bin Ikhsan, Ketua Siasatan Negeri dan PsK Geetha a/p Ayaoo, Ketua Unit PenMas serta seluruh warga kerja SPRM Pulau Pinang.


Hit : 753