Berita Pendidikan

Program Dialog Pemantapan Antirasuah Dalam Pengurusan Perolehan Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK)

ALOR SETAR, 20 Feb - SPRM Negeri Kedah bersama Yayasan Islam Negeri Kedah telah menganjurkan Program Dialog Pemantapan Antirasuah dalam Pengurusan Perolehan dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Ballroom Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah.

 

Program dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liabiliti Korporat) yang disampaikan oleh PsK Ramley bin Supa’at, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kedah.

 

Program diteruskan dengan Sesi Dialog Pemantapan Antirasuah Dalam Pengurusan Perolehan yang menampilkan empat orang panel iaitu Pengarah SPRM Negeri Kedah; TPj Ahmad Nizam bin Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kedah; PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Pegawai Eksekutif YINK; Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad dan Pengarah Korporat YINK Encik Fakhrul Razi bin Mihat daripada Yayasan Islam Negeri Kedah.

 

Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Kedah. Turut hadir pegawai-pegawai daripada sektor pencegahan SPRM Negeri Kedah.

Hit : 855