Berita Terkini

Program Wira Anti Rasuah SPRM Selangor Bersama SK Subang Bestari Dengan Kerjasama Kwasa Land Sdn Bhd

SHAHALAM, 8 Feb - SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Kwasa Land Sdn Bhd (anak syarikat KWSP) telah menganjurkan Program Wira Anti Rasuah (WAR) di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Selangor disertai kira-kira 400 orang murid dan guru.

 

Kwasa Land Sdn Bhd menyahut inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui insentif potongan cukai di bawah Subseksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967. Melalui program ini, Kwasa Land Sdn Bhd menjadi syarikat kedua di Negeri Selangor yang melaksanakan program pendidikan antirasuah sejak mula diperkenalkan pada April tahun 2021.

 

Bagi memberi pendedahan berkaitan jenayah rasuah dan memupuk nilai-nilai antirasuah, pelbagai aktiviti diadakan seperti program pertandingan mewarna antirasuah, taklimat antirasuah oleh adiwira Kapten MACC dan perasmian Sudut Antirasuah.

 

Kwasa Land Sdn Bhd turut menyumbang 146 peralatan sekolah berupa beg dan set alat tulis kepada murid dari golongan asnaf Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.

 

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor disaksikan oleh YBrs. Puan Nor Hazqiah Che Idris, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Kwasa Land Sdn Bhd, Encik Azman bin Mohd Aris, Guru Besar SK Subang Bestari dan PKPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.


Hit : 1014