Berita Terkini

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu Komited Perangi Rasuah Melalui Program Antirasuah Dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

KUALA TERENGGANU, 21 Jan – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu dengan kerjasama SPRM Terengganu telah menganjurkan Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Grand Ballroom Camelia, Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu dihadiri 60 orang warga YPU.

 

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk “Rasuah Dihina, Maruah Dibina” disampaikan oleh PPs Ahmad Fauzan bin Muhamad, Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

 

Program diteruskan dengan sesi ‘Dialog Tatakelola Tadbir Urus dan Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Organisasi' bersama KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

 

Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah diketuai Puan Afnida Aini binti Alwi, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu disaksikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Terengganu.

 

Turut hadir YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), Encik Azizul bin Abdul Hadi, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK, PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan), Pegawai-Pegawai SPRM Terengganu dan kakitangan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

 

Hit : 922