Berita Terkini

Majlis Daerah Marang (MDM) Lancar Kempen Tolak Rasuah 2024

MARANG, 17 Jan – Majlis Daerah Marang (MDM) dengan kerjasama SPRM Terengganu telah menganjurkan Program Kempen MDM Tolak Rasuah 2024 di Dewan Utama MDM, Kg Paya, Marang, Terengganu. Program ini dihadiri kira-kira 200 warga MDM dari bahagian penguatkuasaan, perolehan, undang-undang, pengurusan dan pentadbiran.

 

Program dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Rasuah Dihina, Maruah Dibina : Peranan Kita Mencegah Rasuah dan Melaporkan Rasuah" disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu. Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Ahli-Ahli Majlis MDM yang baharu serta Ketua-Ketua Jabatan MDM.

 

Kemuncak acara program ini adalah pelancaran Kempen MDM Tolak Rasuah Tahun 2024 yang disempurnakan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Terengganu. Objektif kempen ini diadakan oleh kepimpinan MDM adalah untuk menzahirkan penolakkan rasuah secara total dan komitmen MDM untuk bekerjasama dengam SPRM Terengganu dalam melaksanakan aktivti-aktiviti pencegahan rasuah dan pemantapan integriti warga MDM.

 

Turut hadir bersama Encik Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Daerah Marang, DSP Ts Mohd Razman bin Setapa, Ketua Polis Daerah Marang, PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, Encik Mohd Yusof bin Salleh, Setiausaha Majlis Daerah Marang, Ahli-Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MDM serta pegawai dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.


Hit : 1011