Berita Pendidikan

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching Sahut Seruan Memerangi Rasuah Melalui Program Antirasuah Dan Ikrar Bebas Rasuah Tahun 2024

KUCHING, 16 Januari – Seramai 150 orang warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD Kuching) hadir ke Program Antirasuah dan IBR IPD Kuching bagi tahun 2024 bertempat di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak. Peserta terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai dan Penyelia dari IPD dan Balai Polis sekitar Kuching.


Program dimulakan dengan Sesi Perkongsian oleh PKPj Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak yang membicarakan tajuk "Cabaran Tatakelola Perolehan Kerajaan“. 


Program diteruskan dengan penyampaian amanat oleh YDH ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching yang mengingatkan warga kerja IPD Kuching agar sentiasa menerapkan budaya menolak rasuah dan bekerja dengan penuh integriti bagi menjaga reputasi dan imej organisasi.


Program diakhiri dengan Sesi Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YDH ACP Ahsmon Bajah, disaksikan oleh PKPj Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar.


Turut hadir YDH Supt. Merbin Ak Lisa, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching.


Hit : 1078