Berita Terkini

Dialog Bersama SPRM Terengganu Dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 8 Jan – Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama SPRM Terengganu telah menganjurkan Program Dialog Bersama SPRM Terengganu dan Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Muzium Negeri Terengganu bertempat di Dewan Batu Bersurat, Kompleks Muzium Terengganu dihadiri kira-kira 114 orang warganya.

 

Sesi Dialog bertajuk “Rasuah Dihina, Maruah Dibina” disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) dengan kemuncak acara sesi menandatangani Plak Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Muzium Terengganu oleh beliau.

 

Turut hadir bersama Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu, Pegawai-Pegawai SPRM Terengganu dan kakitangan Muzium Terengganu.

Hit : 1065