Berita Menarik

SPRM Saksi Ikrar Bebas Rasuah Dan Pelan Antirasuah Organisasi MDEC

CYBERJAYA, 5 Dis – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bertempat di DXN Cyberville, Cyberjaya.

 

 

Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, KPKPj Azmin bin Yusoff hadir mewakili SPRM sebagai saksi lafaz IBR yang diketuai oleh Ts. Mahadzir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC bersama 300 orang kakitangannya secara bersemuka dan atas talian. Lafaz ikrar ini adalah bukti komitmen kepimpinan pengurusan tertinggi MDEC memerangi rasuah dalam kalangan warga kerjanya.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC menzahirkan ucapan terima kasih kepada SPRM atas kesudian bekerjasama dalam memberikan bimbingan dan panduan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Objektif utama pelan ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik tatakelola tadbir urus pentadbiran MDEC sekaligus memperkasakan usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

 

 

Pelan ini telah dilancarkan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital diiringi oleh YBrs Encik Ma. Sivanesan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital, YB. Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi MDEC dan YBrs. Ts.Mahadzir Azri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Hit : 1352