Berita Menarik

Warga BHEUU Lafaz IBR, Tekad Perangi Rasuah Bersama SPRM

PUTRAJAYA, 4 Dis - Warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) tekad melafaz Ikrar bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda kebersamaan dan komitmen dalam usaha memerangi rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Lafaz IBR diketuai oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia BHEUU, Encik Hafidzri Fidyatulnaim Hamzah selain sesi menandatangani IBR antara BHEUU dan SPRM yang turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki bersama lebih 250 warga BHEUU di Dewan Saksama, Bangunan BHEUU.

 

Pada majlis ini turut diadakan ceramah pengukuhan integriti bertajuk "Rasuah Dalam Tadbir Urus Perkhidmatan Awam" disampaikan oleh PPj Mohd Izam Abd Nasir, Ketua Seksyen Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat.

 

Turut hadir pada majlis ini Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Nazli Rasyid Sulong; Ketua Unit Integriti JPM, KPKPj Jamil Mohd Dahalan dan Ketua-ketua Pengarah Agensi di bawah BHEUU.


Hit : 1485