Berita Menarik

PNHB-SPRM Kukuh Kerjasama Strategik Cakna Rasuah Melalui Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 22 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Perasmian ISO 37001:2016 ABMS PNHB yang dikelolakan oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB).

 

 

Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Azizul bin Ahmad Sarkawi, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, mewakili SPRM sebagai saksi lafaz ikrar yang dibaca oleh Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, selaku Pengarah Urusan PNHB.

 

 

Encik Azlan dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SPRM atas kerjasama dalam menjayakan program ini, yang juga merupakan wadah terbaik kepada semua warga PNHB untuk menjauhi amalan tidak berintegriti seperti rasuah.

 

 

Program separuh hari ini melibatkan sesi perkongsian “Tata Kelola dan Tadbir Urus Dalam Perolehan” yang disampaikan oleh P/PPj Tan Li Chu, Ketua Seksyen Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, dan juga pameran untuk memberi pendedahan mengenai tugas dan peranan SPRM.

 

 

Turut hadir, Encik Syed Badli Shah Syed Mansoor, Pengarah Urusan Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd (PNCSB), ahli-ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja PNHB.


Hit : 1712