Berita Menarik

Program Antirasuah (Perolehan) Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bagi Small Medium Enterprise (SME) Development Bank Berhad

MELAKA, 20 Nov - SME Bank Berhad telah menunjukkan inisiatif bagi mendokong usaha mencegah rasuah dengan menganjurkan Program Antirasuah SME Bank Berhad khusus untuk kontraktor/pembekal dan anak syarikat yang berada di Zon Tengah bagi organisasi tersebut.

 

 

Para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan isu-isu rasuah terkini terutamanya berkaitan dengan isu-isu perolehan dan langkah - langkah pencegahan yang perlu diambil untuk menghindari sebarang perlakuan rasuah. Penerangan diberikan melalui ceramah yang disampaikan oleh PsK Mohd Haris bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka.

 

 

Program ini juga telah disusuli dengan Ikrar Bebas Rasuah oleh 15 orang kontraktor/pembekal serta anak syarikat SME Bank Berhad di mana Puan Shariza binti Shaffie, Ketua Jabatan Integriti dan Tadbir Urus SME Bank Berhad telah mengetuai lafaz ikrar dan disaksikan PPj Dzul Azmi bin Yahya, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Melaka.


Hit : 1393