Berita Menarik

UiTM Cawangan Selangor Laksana Ikrar Bebas Rasuah, Perkukuh Dasar Tata Kelola

PUNCAK ALAM, 20 Nov – SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menjayakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Seminar, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Selangor melibatkan 300 orang warganya.

 

 

Program dimulakan dengan taklimat antirasuah berkaitan isu perolehan yang disampaikan oleh PPs Ahmad Nuri bin Muda, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor.

 

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

 

Pengarah SPRM Negeri Selangor dalam perkongsiannya menitikberatkan kesalahan utama rasuah, isu-isu integriti yang perlu dicakna serta mekanisme proaktif dan ampuh dalam usaha menangani dan membanteras rasuah.

 

 

Turut hadir YBhg. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Profesor Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Hubungan Industri, Komuniti dan Keusahawanan).


Hit : 1354