Berita Menarik

MBSA Perkasakan Tatakelola Sempena Sambutan Hari Integriti 2023

SHAH ALAM, 16 Nov – SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menjayakan Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Sambutan Hari Integriti 2023 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam.

  

Pengarah SPRM Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim dalam ucapan dan perkongsian 'Bicara Antirasuah' memberi fokus kepada kesalahan utama rasuah, isu-isu integriti yang perlu dibanteras serta langkah-langkah proaktif dalam menangani isu rasuah demi mewujudkan tatakelola tadbir urus yang baik.

 

Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR melibatkan 800 warga kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Pemangku Datuk Bandar dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

Turut hadir Encik Muhammad Shakir bin Ameer Mohidee, Ahli Majlis MBSA, Ahli-Ahli Majlis, Puan Asmah binti Mohd Zin, Timbalan Setiausaha MBSA, Wakil-Wakil Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Warga kerja MBSA dan Pegawai-Pegawai SPRM Negeri Selangor.


Hit : 1110