Berita Menarik

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) Lancar Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

KUALA TERENGGANU, 14 Nov – Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dengan kerjasama SPRM Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dihadiri kira-kira 50 orang peserta bertempat Dewan Camellia Ballroom, Paya Bunga Hotel.

 

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK).

 

 

Majlis diisi dengan sesi ceramah bertajuk “Isu Rasuah, Penyelewengan dan Salahguna Kuasa serta Pemantapan Integriti Dalam Ogranisasi” yang telah disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

 

 

Majlis diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR oleh Encik Nor Azam bin A.Rahman @ Yusof, Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, dengan disaksikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Terengganu.



Hit : 1287