Berita Menarik

SPRM Kongsi Isu Rasuah Dalam Pentadbiran Tanah Kepada Warga JKPTG

PUTRAJAYA, 9 Nov – SPRM meneruskan usaha menyebarluas mesej antirasuah khusus berkaitan isu rasuah dalam pentadbiran tanah bersama warga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sebagai pengisian Majlis Perhimpunan Korporat JKPTG, Bil. 4 Tahun 2023, di Dewan Baiduri.

 

Majlis dimulakan dengan Sesi Bicara Integriti dan Antirasuah yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, PKPj Samsul Salip kepada 180 pegawai kanan dan kakitangan JKPTG.

 

Ketua Pengarah JKPTG, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dalam ucapannya berharap perkongsian yang diterima dapat menjadikan warga JKPTG sebuah jabatan yang bebas rasuah. Peringatan tegas juga kepada pegawai-pegawai penyelia untuk membuat pemantauan ke atas pegawai yang diselia agar terhindar dari jenayah ini.

 

Program diakhiri dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dipimpin oleh Datuk Muhammad Azmi dengan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Nazli Rashid Haji Sulong.


Hit : 1284