Berita Menarik

Program Antirasuah (Perolehan) Dan Integriti Bersama MAIM Holdings Berhad

MELAKA, 8 Nov - MAIM Holdings Berhad menunjukkan inisiatif mendokong usaha mencegah rasuah dengan menganjurkan Program Hari Integriti MAIM Holdings Berhad khusus untuk warga kerja dan anak syarikat yang berada di organisasi tersebut.

 

Para peserta telah diberikan pendedahan mengenai isu-isu rasuah terkini terutamanya berkaitan dengan perolehan dan langkah - langkah pencegahan yang perlu diambil untuk menghindari sebarang perlakuan rasuah. Penerangan diberikan melalui ceramah yang disampaikan oleh KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid dari SPRM Negeri Melaka.

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh 100 orang pegawai dan kakitangan serta anak syarikat MAIM Holdings Berhad di mana Datuk Hj Shafrie bin Abdullah, Wakil Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad telah mengetuai lafaz ikrar dan disaksikan oleh PPj Dzul Azmi bin Yahya, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM.


Hit : 1168