Berita Menarik

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

PETALING JAYA, 6 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir menyaksikan program Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang dilaksanakan oleh Hino Motors Sales (Malaysia) di Petaling Jaya, hari ini.

 

 

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Tuan Azmin bin Yusoff mewakili SPRM sebagai saksi lafaz ikrar yang dipimpin oleh Tuan Hj. Ahmad Yasmin Yahya selaku Ketua Pegawai Operasi. Hadir sama Tuan Hiroshi Takahashi, Pengarah Urusan Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan Tuan Motonori Nakamura sebagai Pengarah Korporat serta barisan kakitangannya.

 

 

Pengarah Urusan Hino Motors Sales (Malaysia) SdnBhd, Tuan Hiroshi Takahashi dalam ucapan perasmiannya menzahirkan komitmen Hino Motors menerusi inisiatif program seperti hari ini dan akan terus berusaha memastikan syarikat dan kakitangannya bebas dari gejala rasuah


Hit : 1051