Berita Pendidikan

Program Minggu Pencegahan Rasuah Dan Integriti Penang Port Sdn Bhd

GEORGETOWN, 1 Nov – SPRM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah menganjurkan sambutan Minggu Pencegahan Rasuah dan Integriti bertempat di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang dihadiri seramai 120 orang terdiri daripada Ketua-ketua Divisyen, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai PPSB. Program ini telah dirasmikan oleh TPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang.

 

Program dimulakan dengan taklimat dan ceramah disampaikan oleh PPs Mohamad Sabiren bin Soaid, Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pulau Pinang dan diteruskan dengan Sesi Bual Bicara oleh PKPs Jaya Raj a/l Goval, Pegawai SPRM Cawangan Seberang Prai. Sesi Bual Bicara ini menyentuh isu berkaitan kesalahan rasuah dan perolehan agensi serta langkah-langkah pencegahan.

 

Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Syamsul Helmy bin Mohd Rafiee, Ketua Divisyen Operasi PPSB dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan diiringi PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pulau Pinang.

 

Turut hadir ialah PsK Rozy binti Usop, Ketua Unit Perundingan dan Pemeriksaan SPRM Negeri Pulau Pinang, PsK Geetha a/p Ayaoo, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai SPRM Negeri Pulau Pinang.


Hit : 1369