Berita Terkini

Program Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Kebangsaan Felda Kepis, Bahau

BAHAU, 31 Okt – SPRM Negeri Sembilan dengan kerjasama Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd (NSCI-CIMA) telah mengadakan Program “Wira Anti Rasuah (WAR)” Sekolah Kebangsaan Felda Kepis, Bahau menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi melayakkan syarikat mendapatkan potongan cukai Seksyen  34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

 

Pengisian program adalah ceramah Wira Anti Rasuah, pertandingan mewarna, kuiz dan menyusun puzzle sebagai pendedahan awal mengenai bahaya rasuah melibatkan 220 orang murid.

 

Pengarah Urusan CIMA, Encik Sharuddin Omar bin Hashim dalam ucapannya memperingatkan  murid-murid mengambil iktibar mesej yang disampaikan dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan sentiasa  menjaga disiplin.

 

Encik A Zaidey bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Kepis menzahirkan penghargaan atas penganjuran program yang dijalankan dan seterusnya menyeru murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni yang digariskan seperti kejujuran dan tidak mengambil hak orang lain.

 

KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan hadir merasmikan Program WAR Sekolah Kebangsaan Felda Kepis.


Hit : 1360