Berita Terkini

Program Kesedaran Antirasuah Dan Kesannya Kepada Kepimpinan Sekolah Dan PIBG Daerah Kemaman Menjadi Program Kedua Insentif Pelepasan Cukai

KEMAMAN, 26 Okt - Bertempat di Dewan Cempaka, Cheneh Recreation & Resort Kemaman, Terengganu telah berlangsung Program Kesedaran Antirasuah dan Kesannya Kepada Kepimpinan Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Daerah Kemaman.

 

 

Program ini adalah kolaboratif antara SPRM Negeri Terengganu, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu, Persatuan Pengetua dan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Kemaman dan PIBG Daerah Kemaman yang dihadiri 100 orang peserta.

 

 

Program ini menampilkan Encik Firdaus Ramlan, Penceramah Bebas sebagai Key Communicator dalam menyampaikan mesej kesan bahaya jenayah rasuah.

 

 

Program yang dijalankan merupakan program yang kedua akan mendapat inisiatif potongan cukai di bawah Subseksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang diperolehi oleh LRTSB kerana melaksanakan program ini.

 

 

Program telah dirasmikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Terengganu, turut hadir YM. Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang, Ketua Eksekutif LRTSB, Puan Siti Raha Ramadan binti Hussein, Ketua Sektor Integriti JPN Terengganu, Encik Azmi bin Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, Encik Mohd Nasir bin Mat Nor, Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kemaman, PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Terengganu dan pegawai-Pegawai SPRM Negeri Terengganu.

Hit : 1514