Berita Terkini

IBR: Politeknik Jeli, Negeri Kelantan Memperkukuhkan Kefahaman Dalam Memerangi Jenayah Rasuah

KOTA BHARU, 26 Okt – Politeknik Jeli, Negeri Kelantan dengan kerjasama SPRM Negeri Kelantan telah mengadakan Ceramah Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Lanas Perdana dihadiri seramai 77 orang warganya.

 

 

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Kesalahan-kesalahan Rasuah di bawah Akta SPRM 2009" disampaikan oleh PKPs Jefrimazuan bin Hasnan, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan. Penceramah juga turut menyentuh berkaitan rasuah dalam penguatkuasaan dan juga berkaitan perolehan yang melibatkan dokumentasi kewangan.

 

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Hasmizi bin Mohamed, Pegawai Disiplin Politenik Jeli, Negeri Kelantan.

 

 

Majlis IBR ini telah dirasmikan oleh PKPj Zakaria bin Taib, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semangat lafaz ikrar ini akan terus berkekalan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

Hit : 1457