Berita Terkini

Program Dialog “Membudayakan Amalan Antirasuah Dalam Perolehan Organisasi” Bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

SHAH ALAM, 24 Okt – Bagi membudayakan amalan kerja tanpa rasuah dalam perolehan organisasi, SPRM Negeri Selangor telah menganjur Program Dialog "Membudayakan Amalan Antirasuah Dalam Perolehan Organisasi” bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SPRM Negeri Selangor.

 

 

PNSB yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zamri bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Perancangan dan Operasi PNSB telah hadir bersama kira-kira 25 orang peserta yang terdiri daripada pengurus – pengurus anak syarikat PNSB dan pegawai-pegawai kanan PNSB telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

 

Antara pengisian program ialah sesi lawatan ke fasiliti SPRM Negeri Selangor seterusnya sesi taklimat dan dialog “Membudayakan Amalan Antirasuah Dalam Perolehan Organisasi” yang telah disampaikan oleh PKPj Ridzuan bin Abd. Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.

Hit : 1550