Berita Terkini

Program Pemantapan Anti Rasuah Penjawat Awam: “Membudayakan Cakna Rasuah” Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang Tahun 2023

KUANTAN, 19 Okt – SPRM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang telah mengadakan Program Pemantapan Antirasuah Penjawat Awam: "Membudayakan Cakna Rasuah" dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Hotel Shahzan, Kuantan.

 

 

Dihadiri oleh 60 orang pegawai dan kakitangan, termasuk Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah-Daerah Negeri Pahang, program yang dikendalikan oleh Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali membincangkan empat kesalahan utama dalam Akta SPRM 2009 dan kewajipan melapor rasuah, serta kepentingan menjalankan tugas dengan berintegriti.

 

 

Program seterusnya diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh YAA Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.


Hit : 1431