Berita Terkini

AMAR Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Durian Daun Melaka Anjur Program Antirasuah

MELAKA, 19 Okt - Telah berlangsung program bual bicara anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Durian Daun, Melaka bertajuk “Hentikan Korupsi Tingkatkan Integriti” dihadiri 300 orang pelajar tahun akhir dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun Melaka.

 

Program bual bicara ini menampilkan 2 orang panel iaitu PKPj Mohd Shahril bin Che Saad, Pengarah SPRM Negeri Melaka dan Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.

 

Para peserta diberikan pendedahan berkaitan isu-isu rasuah di dalam sektor pendidikan dan langkah - langkah pencegahan yang perlu diambil untuk menghindari sebarang perlakuan rasuah.

                                                                                                               

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hajjah Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah Institiut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun Melaka.


Hit : 1593