Berita Terkini

Program Kesedaran Antirasuah Dalam Pengurusan Dana Awam Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan Syarikat Datasonic Berhad

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Kumpulan Syarikat Datasonic Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Program Kesedaran Antirasuah Dalam Pengurusan Dana Awam dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah dalam usaha memperkasakan semangat pematuhan serta meningkatkan integriti dan etika yang baik di kalangan warga Datasonic.

 

 

Program yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara ini telah disertai seramai 35 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi Datasonic.

 

 

Program diteruskan dengan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Datasonic  yang diketuai oleh YHM Tengku Dato' Seri Abu Bakar Ahmad bin Tengku Tan Sri Abdullah, Pengerusi Eksekutif Datasonic dan disaksikan oleh YBrs. KPKPj Azizul bin Ahmad Sarkawi, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

 

YHM Tengku Dato' Seri Abu Bakar juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada SPRM atas kesudian bekerjasama dan perkongsian tentang kesalahan-kesalahan SPRM terutama liabiliti korporat di bawah Akta SPRM 2009 sebagai kesedaran kepentingan antirasuah dalam pengurusan dana awam di dalam organisasi Kumpulan Syarikat Datasonic Berhad.

 

 

Datasonic adalah merupakan salah satu syarikat penyedia penyelesaian ICT berasaskan keselamatan yang terkemuka di Malaysia.


Hit : 1423