Berita Pendidikan

IBR: SPRM Negeri Kelantan Bersama Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Kelantan Memperkukuhkan Kefahaman Dalam Memerangi Jenayah Rasuah

KOTA BHARU, 12 Okt –  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Kelantan menyahut seruan SPRM Negeri Kelantan dalam memerangi jenayah rasuah dengan mengadakan Ceramah Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan, Kota Bharu dengan kehadiran seramai 35 orang warga JMG Negeri Kelantan.

 

 

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Kesalahan-kesalahan Rasuah di bawah Akta SPRM 2009" yang disampaikan oleh KPKPs Mohd Ahmad Yasser bin Hussin, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan. Penceramah turut menyentuh berkaitan rasuah dalam penguatkuasaan dan berkaitan perolehan yang melibatkan dokumentasi kewangan.

 

 

Akhir sekali warga JMG Negeri Kelantan menzahirkan komitmen memerangi rasuah melalui Lafaz Ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Zaidi bin Daud, Pengarah JMG Negeri Kelantan.

 

 

Majlis IBR ini telah dirasmikan oleh PPj Azizi bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semangat lafaz ikrar ini akan terus berkekalan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

Hit : 1481