Berita Menarik

SPRM Saksi Ikrar Bebas Rasuah VentureTECH Sdn Bhd

PUTRAJAYA, 11 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang dikelolakan oleh VentureTECH Sdn. Bhd.

 

Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, KPKPj Azmin bin Yusoff telah mewakili SPRM sebagai saksi lafaz ikrar yang diketuai oleh Encik Ahmad Redzuan Sidek selaku Ketua Pegawai Eksekutif VentureTECH Sdn Bhd.

 

Program telah dihadiri oleh Datuk Haji IR. Khalilur Rahman Ebrahim, Pengerusi VentureTECH Sdn Bhd, ahli-ahli Lembaga Pengarah, wakil-wakil syarikat penerima pelaburan dan kakitangan VentureTECH Sdn Bhd.

 

Ketua Pegawai Eksekutif VentureTECH Sdn Bhd dalam kata alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada SPRM atas kesudian bekerjasama dan tunjuk ajar dalam menjayakan program ini. Program yang diadakan katanya merupakan wardah yang terbaik agar kita sentiasa menjauhi diri daripada melakukan amalan yang tidak berintegriti seperti rasuah.

 

Program ini turut melibatkan sesi penerangan bertajuk “Pengenalan Kepada Seksyen 17A  ASPRM 2009” yang telah disampaikan oleh PKPj Hasraff Bin Hashim, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, bagi memberi lebih banyak maklumat dan kefahaman serta memastikan agenda pencegahan rasuah dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada organisasi tersebut.


Hit : 1666