Berita Pendidikan

Program Pencegahan Anti Rasuah Dalam Pengurusan Dana Awam Sempena Hari Integriti Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Dan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

INDERA MAHKOTA, 11 Okt – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah menganjurkan  Program Pencegahan Rasuah dalam pengurusan dana awam sempena Hari Integriti PAIP dan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

 

 

Program ini disertai seramai 140 orang kakitangan PAIP daripada Bahagian Pengurusan, Bahagian Perkhidmatan Air, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Kewangan dan juga Pengurus-Pengurus Besar Daerah. Program ini berlangsung di Bilik Mesyuarat tingkat 1, PAIP Berhad.

 

 

Taklimat pencegahan disampaikan oleh KPKPs Mohamad bin Hussain, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Penceramah berkongsi berkenaan isu-isu perolehan dan ketirisan dalam perolehan serta penyelewengan dana awam. Turut dikongsi contoh kes-kes sebenar yang disiasat oleh SPRM.

 

 

Majlis diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR yang dipimpin oleh YH. Dato’ Saiful Zaini bin Mohd Bokhari, Ketua Pegawai Eksekutif PAIP disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.

Hit : 1449