Berita Menarik

Perbadanan Sukan Sarawak Dan Majlis Sukan Negeri Sarawak Komited Menyokong SPRM Dalam Penganjuran Program Antirasuah Dan Pemerkasaan Tatakelola Perolehan Terbaik

KUCHING, 11 Okt - Telah berlangsung Program Antirasuah dan Pemerkasaan Tatakelola Perolehan Terbaik di Auditorium PUSTAKA Negeri Sarawak. Program ini diadakan dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) yang telah dihadiri kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada kumpulan pengurusan tertinggi, pengurus kanan, ahli sukan, jurulatih dan pentadbir sukan termasuk dari persatuan dan badan sukan di bawah pengurusan PSS dan MSNS.

 

 

Antara objektif utama program ini adalah untuk melestarikan tatakelola dan sistem pengurusan perolehan kerajaan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman melalui amalan peraturan dan tatacara yang betul.

 

 

Program dimulakan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Encik Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

 

 

Program kemudiannya diteruskan dengan Sesi Perkongsian Peribadi Bekas Pesalah Rasuah oleh Encik Yusarman bin Yusuf, Bekas Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.

 

 

Kemuncak program ini adalah Sesi Talk Show "Pengurusan Tatakelola Terbaik Membentuk Tadbir Urus Cemerlang Menjelang SUKMA 2024 dan Sesi Kitak Tanyak Kamek Jawab bersama YBhg. Datuk Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Sarawak. Sesi ini mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang telah mengutarakan pelbagai soalan berkaitan kes dan kesalahan perolehan di bawah industri sukan.

Hit : 1415