Berita Terkini

Penyerahan Pernyataan Anti Rasuah Tanda PKNS Dan Anak Syarikatnya Komited Membasmi Rasuah

SHAH ALAM, 5 Okt  –  SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta Kumpulan Anak Syarikatnya telah melaksanakan Program Konferensi Integriti PKNS dengan kerjasama Kumpulan Anak Syarikat PKNS Tahun 2023 serta Majlis Jalinan Kerjasama Strategik Antara Kumpulan PKNS dan SPRM Negeri Selangor bertempat di Dewan Shah Alam 1, SACC Convention Centre.

 

Program dimulai dengan forum 'Ceriteria Tembok' dikendalikan Encik Iskandar Badaruddin selaku moderator forum. Ahli panel pula terdiri daripada motivator terkenal iaitu Encik Firdaus Ramlan, Speaker CJ Global Venture selaku bekas pesalah rasuah dan Ustaz Shafee Hussin, Mantan Pegawai Penjara. Kira-kira 200 warga kerja Kumpulan PKNS hadir.

 

Majlis perasmian program didahului dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Mahmud Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS dan seterusnya ucapatama oleh YBhg. Dato' Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Sebagai simbolik kerjasama, Pernyataan Anti Rasuah Kumpulan PKNS telah diserahkan kepada Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

Program diteruskan dengan taklimat dan dialog bertajuk 'Guarantee Money' bersama 50 orang kontraktor dan vendor lantikan PKNS yang disampaikan oleh PKPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor yang memberi fokus berkaitan pemberian hadiah dan tuntutan palsu.

 

Turut hadir Haji Suhaimi bin Haji Kasdon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif - Korporat & Keusahawanan PKNS, Ir Haji Mad Kamarzan bin Md Rais, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif - Pembangunan Hartanah PKNS dan Hajjah Nursyahidda binti Abdul Rahman, Pengurus Integriti PKNS serta Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikat PKNS.


Hit : 1857