Berita Terkini

Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang Komited Banteras Rasuah Bersama SPRM

SEPANG, 4 Oktober – SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Sepang telah menjayakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Program Hari Integriti PDT Sepang bertempat di Dewan Seminar, PDT Sepang.

 

 

Program dimulai  sesi taklimat integriti, “Integriti Dalam Perkhidmatan” yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Mu’adz Bin Kamsani dari Unit Integriti PDT Sepang kepada 50 orang peserta terdiri daripada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit, kakitangan kumpulan pelaksana pentadbiran dan penguatkuasa PDT Sepang.

 

 

Majlis  melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah  diketuai oleh Tuan Khairi Azali bin Ibrahim, Pegawai Daerah PDT Sepang dan disaksikan oleh TPj Dato’ Hj. Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Turut hadir En. Mohd Yusaimi bin Mat Yusof Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), En. Hazlim bin Hapaz Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) dan YM Raja Mohd Shahrul Iezwan bin Raja Mohd Zien Hapaz Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).

 

 

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan penyerahan bahan kempen antirasuah kepada Tuan Khairi Azali bin Ibrahim, Pegawai Daerah PDT Sepang.

 

Hit : 1673