Berita Terkini

Seminar Kelestarian Integriti Dan Antirasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang Bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)

GEORGETOWN, 26 Sept – SPRM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah menganjurkan Seminar Kelestarian Integriti dan Antirasuah 2023 yang bertemakan “Dana Awam…Kemanakah Perginya?” yang diadakan  di Hotel Royal Chulan, Pulau Pinang.


Seminar dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Ahmad Rizal bin Mohd Hanapiah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang dan dirasmikan penutupan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seminar ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Norazlan bin Mohd Razali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang juga telah menyampaikan ucapan mengenai peranan dan tanggungjawab yang aktif oleh Ketua-Ketua Jabatan dalam memastikan tatakelola yang kukuh berkaitan pengurusan dana awam bagi mencegah ketirisan.


Hadir sama ialah YBhg. Dato' Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. TPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Ketua-Ketua Jabatan, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri dan Unit-Unit Perolehan Agensi Negeri dan Persekutuan.


Hit : 1626