Berita Pendidikan

SPRM Hargai Usaha PKPIM Anjur Siri Program Antirasuah Di Seluruh Negara

PULAU PINANG, 24 Sept - SPRM merakamkan penghargaan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam melaksanakan Program Intervensi Pengurusan Dana Dalam Pertubuhan Belia: Gerakan Antirasuah Anak Muda Tahun 2023 di seluruh negara.

 

 

Pelaksanaan program-program intervensi ini adalah sebahagian daripada usaha mendidik golongan muda mencegah rasuah dalam pengurusan dana pertubuhan dan menggerakkan peranan belia menyebar luas mesej antirasuah secara aktif dan berterusan.

 

 

 

Ia dizahirkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali semasa menyampaikan ucapan perasmian penutupan program yang dihadiri seramai 70 peserta di SPRM Pulau Pinang.

 

 

Program intervensi pengurusan dana ini dijalankan secara bersiri di enam zon sejak dilancarkan di Ibu Pejabat SPRM pada Mac lepas iaitu di Sarawak (5 Ogos), Kelantan (9 Sept.), Sabah (9 Sept.), Melaka (17 Sept.) dan Pulau Pinang (24 Sept.) dengan mencatat kehadiran lebih 500 peserta terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan dan ahli-ahli persatuan belia yang bernaung di bawah PKPIM. Sebanyak lima resolusi dihasilkan di sepanjang enam siri program tersebut.

 

 

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, P/TPj Nazli Rasyid Hj. Sulung; Pengarah SPRM Pulau Pinang; TPj Tuan Ruslan Tuan Mat dan Setiausaha Agung PKPIM, Muhammad Dzul Aiman Zulkefly mewakili Presiden PKPIM.


Hit : 1479