Berita Pendidikan

Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 21 Sept – SPRM Selangor telah menganjurkan Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM bertempat di Dewan Al-Ghazali UiTM Shah Alam.

 

 

Para hadirin telah diberikan penerangan mengenai Akta SPRM 2009 dalam satu sesi taklimat dan dialog yang telah disampaikan oleh Ps Mohammad Izzat Mhd Noor, dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Selangor.

 

 

Program diteruskan dengan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Haryani Haron, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM bersama 100 warga kerja UiTM yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, para pensyarah, pegawai dan kakitangan lain.

 

 

Majlis disaksikan oleh TPj Dato’ Hj. Alias bin Salim, Pengarah SPRM Selangor yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Haryani Haron.


Hit : 1411