Berita Terkini

Panel PPPR Cadang Perbanyakkan Konten Di Media Sosial Dalam Usaha Mendekati Golongan Muda

KUALA TERENGGANU, 20 Sept - Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperbanyakkan konten di platform media sosial seperti 'tiktok' dalam mendapatkan pandangan dan pendapat daripada golongan muda mengenai antirasuah.

 

 

Ia telah dizahirkan dalam Mesyuarat PPPR Bil. 2 Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi PPPR, Tan Sri Borhan Dolah di SPRM Negeri Terengganu.

 

 

Mesyuarat turut mencadangkan agar diadakan kaji selidik terhadap pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi berhubung impak dan keberkesanan peranan yang dimainkan oleh Unit Integriti masing-masing.

 

 

Turut dicadangkan supaya satu taklimat berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 diberikan kepada Pegawai-pegawai di Unit Integriti (bukan pegawai SPRM) dalam usaha menggalakkan lagi warga Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing untuk tampil membuat laporan melalui saluran aduan yang disediakan.

 

 

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli-ahli PPPR, Datin Yasmin Tan Sri Ahmad Merican dan Haji Ali Hassan Mohd Hassan; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri TKPj Norazlan Mohd Razali yang juga selaku ex-officio PPPR; Pengarah-Pengarah Bahagian Sektor Pencegahan dan Pengarah SPRM Negeri Terengganu.


Hit : 1947