Berita Terkini

Ikrar Bebas Rasuah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)

MELAKA,  18 Sept  –  Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan mengadakan program tolak rasuah bagi tahun 2023 kepada semua pegawai dan kakitangannya.

 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah sesi Taklimat Kesedaran Antirasuah yang disampaikan oleh PKPj Mohd Shahril bin Che Saad, Pengarah SPRM Negeri Melaka kepada semua warga PPSPM yang hadir.

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Datuk TPr Haji Murad bin Haji Husin, Ketua Pegawai Eksekutif (PPSPM) disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Melaka.


Hit : 1511